*da lebih 24 jam kita tak tidur , layan 4 movie *marathon* then sahur + mandi + menunaikan kewajipan and now still masih tak tidur lagi , bored ==' so tiba tiba rasa nak meng-update blog , so mulakan dengan Bissmillah (:*
Pagi nih rasa nak update pasal Fadhilat Puasa Sehari Sebelum Aidiladha lah , alang alang kita tengah menunaikan puasa nih kita share lah sekali kan , hii ((: kita update ape yang kita tahu lah okay , *maaf kalau ada salah dan silap okay* (:
Apa itu Aidiladha ? Aidiladha adalah peletakan batu yang terakhir bangunan Islam kerana pada tarikh 9 Zulhijjah , iaitu sehari sebelum Aidiladha *hari nih lah* , turun ayat yang dinilai banyak oleh ulama sebagai wahyu terakhir . Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud : " Pada hari ini , Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku sudah cukupkan nikmat Ku kepadamu dan Aku sudah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu ".
Dan dari itulah Hari Raya Haji juga dikenali sebagai kesempurnaan agama bagi sesetengah individu.
Di Rumah Allah *Makkah* para jemaah Haji dengan ikhlas hati dan penuh kesyukuran kerana diberi peluang mendekati Allah demi menjadi tetamu Allah yang sempurna di mata Nya dengan memakai Ihram , Bertalbiah dan Berdoa di sisi Allah demi memenuhi Rukun Islam yang ke lima nih .
Berbalik pada tajuk untuk entry kali nih , Fadhilat Puasa Sehari Sebelum Aidiladha yang juga kita kenali sebagai Hari Arafah nih ,
Baginda bersabda :
" Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki "
[ Hadith Riwayat Muslim dan lain lain nya dari Abi Qatadah ]
Didalam riwayat lain Nabi SAW bersabda :
" Puasa Hari Arafah , sesungguhnya aku berharap Allah SWT agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya "
No comments:
Post a Comment